Ia mengecewakan - dan membimbangkan - apabila anda tidak boleh hamil, walaupun mencuba selama berbulan-bulan. Ramai orang memberitahu ia akan berlaku jika anda tidak memikirkannya. Tetapi adalah mustahil untuk tidak memikirkannya. Anda cuba, bulan demi bulan, walaupun tempoh peluang setiap bulan agak kecil, dan anda berasmara seperti tiada hari esok (ia tidaklah selalu menyeronokkan apabila ia HARUS menjadi malam ini) dan kemudiannya, apa yang diingini tidak berlaku! Nasihat yang biasa diterima daripada rakan dan keluarga ialah untuk tidak memikirkannya. Nasihat yang menarik. Namun, bagaimana pula untuk tidak memikirkannya? Sebahagian besar waktu terjaga, fikiran anda hanya pada ovulasi dan haid – kerana anda ingin sangat hamil. Anda sangat berhajat untuk menjadi ibu dan bapa.
Dan ia masih belum jadi realiti.
Ia mengecewakan apabila tiada apa-apa yang berlaku.
Sebelum ini, selama bertahun-tahun anda menggunakan kontraseptif kerana bimbang untuk hamil – namun kini, apabila tiada halangan untuk menimang cahaya mata, tiada apa pula yang berlaku. Ini membuatkan anda hampir gila!
Dan ada waktunya anda menjadi gila – penuh perasaan sedih, marah dan kecewa. Boleh jadi juga anda berasa keseorangan. Anda tidak menceritakan kepada sesiapa yang anda sedang mencuba untuk hamil, kerana ia hal yang begitu peribadi. Jadi, anda meneruskan hari-hari anda, tertekan dengan kekecewaan, sambil melihat orang sekeliling yang dapat begitu mudah melahirkan anak, satu per satu. Ada juga kemungkinan yang mereka melemparkan soalan kepada anda dengan penuh hati-hati, “Kamu bila pula…”
Nak beritahu atau tak?
Nak salahkan kerja? Atau kata saja anda hendak tunggu lagi? Atau beritahu sahaja perkara sebenar? Yang anda mustahil untuk hamil! Biasanya ia akan diikuti dengan nasihat yang tak berguna: “Jangan fikir sangat hal ini. Saya kenal orang yang putus asa dan berhenti mencuba. Cepat saja hamil selepas itu!”.
Kalau begitu, tidak guna bagi sesiapa saja yang menaruh harapan untuk hamil – kerana ia tidak semudah itu untuk tidak memikirkannya.
Berbincang dengan pakar
Anda mungkin tergoda untuk mencuba setiap jenis diet, rawatan, dan kedudukan asmara. Tetapi nasihat terbaik ialah meneruskan kehidupan seperti biasa; berasmara pada masa yang sesuai, makan makanan seimbang, tidur lena, dan jangan stres.
Secara amnya, anda perlu menunggu sekurang-kurangnya satu tahun sebelum menghubungi pakar ginekologi. Tetapi jangan teragak-agak untuk menghubungi doktor am anda jika anda memerlukan seseorang untuk bercakap atau berbual tentang hal ini. Ia selalunya membantu jika anda mengetahui anda tidak bersendirian.