Terma & Syarat
 
Penganjur
Vinda Marketing (M) Sdn Bhd [313228-T] [“Penganjur”].
 
Peraduan
SNAP GAMBAR & MENANGI HADIAH MINGGUAN SEHINGGA RM1,500!


Tempoh Peraduan
Peraduan ini sah dari 1hb Mei 2024 12:00am sehingga 31hb Mei 2024 11:59pm ["Tempoh Peraduan"]. Pihak Penganjur berhak untuk menggantung dan/atau menangguhkan Tempoh Peraduan dan/atau membatalkan/menamatkan Peraduan dan/atau menukar, meminda, memadam dan/atau menambah Terma dan Syarat Peraduan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
 
Kelayakan
Snap Gambar & Menangi Hadiah Mingguan Sehingga RM1,500 terbuka kepada semua ahli Drypers Baby Club yang merupakan penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas, kecuali pekerja dan ahli keluarga terdekat Vinda Marketing (M) Sdn. Bhd. ("Penganjur"), sekutunya, anak syarikat, agensi pengiklanan / PR dan pembekal.
 
Cara Penyertaan
 
Jika belum mendaftar sebagai ahli, sila daftar SEKARANG di https://bit.ly/3y8b6fZ
 
Peserta dikehendaki mengikuti langkah berikut untuk menyertai peraduan ini:
Langkah 1: Daftar 2 kod unik
Langkah 2: Snap Gambar dengan anak
Langkah 3: Upload screenshot jawapan di borang google https://forms.gle/ZS9hUUojV7Q21sMC9
 
Hadiah dan Pemilihan Pemenang

  1. Hadiah
    Minggu 1 : RM50 ToucNGo eWallet
    Minggu 2 : RM50 Baucar Tunai
    Minngu 3 : RM50 Vindamall eBaucar
    Minggu 4 : RM50 Lotus's Baucar Tunai
  2. Peserta dengan pendaftaran 2 kod unik dan keatas layak menyertai peraduan ini.
  3. Pemenang akan dipilih melalui sistem pemilihan automatik secara rawak.
  4. Peserta boleh menghantar sebanyak mana penyertaan, walau bagaimanapun setiap peserta hanya boleh memenangi SATU (1) hadiah sepanjang “Tempoh Peraduan”.
  5. Pemenang akan dihubungi dalam tempoh 2 minggu melalui emel / SMS selepas tempoh kempen berakhir.
  6. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bayaran balik / pampasan dalam mana-mana bentuk.
  7. Semua transaksi mesti dibuat dan sepanjang tempoh peraduan iaitu dari 1hb Mei 12:00 pagi hingga 31hb Mei 2024 11:59 malam. Sebarang transaksi yang dibuat selepas jangka waktu ini tidak akan dapat menyertai peraduan ini.
  8. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab jika pemenang yang dipilih tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab. Jika Penganjur gagal menghubungi pemenang dalam 3 percubaan e-mel dan panggilan, Penganjur berhak untuk menamatkan / membatalkan penyertaan.
  9. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian mengenai peraturan, kriteria pemilihan, keputusan dan semua perkara lain yang berkaitan dengan peraduan, keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad, terakhir dan tidak dapat dipertikaikan. Apa jua pertikaian dan / atau aduan melalui mana-mana jenis media tidak akan dilayan.
  10. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan, kerosakan atau kelewatan yang disebabkan oleh faktor di luar kawalan Penganjur.
  11. Pihak penganjur berhak mengganti sebarang hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis.
  12. Hadiah yang ditebus tidak boleh dipindahmilik, dikembalikan, ditukarkan dengan wang tunai atau apa jua bentuk lain atas apa jua sebab. Hadiah yang ditebus mesti diterima seperti yang ditawarkan.
  13. Dengan menyertai peraduan ini, para peserta bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat dan peraturan rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak penganjur.
  14. Pihak penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk meminda, membatal atau mengubahsuai syarat-syarat dan peraturan peraduan ini tanpa sebarang notis terlebih dahulu dan para peserta akan terikat kepada perubahan tersebut.
  15. Dengan mengambil bahagian dalam peraduan ini dan / atau memberi data peribadi anda kepada Penganjur, anda bersetuju, dan memahami Dasar Privasi yang terbabit kepada Terma dan Syarat ini dan anda bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh Penganjur menurut Dasar Privasi tersebut.
  16. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Careline Pengguna 1-800-88-9988 atau email ke campaigns@vinda.com campaigns@vinda.com