Satu daripada enam pasangan mengalami kesukaran untuk hamil. Namun, penyiasatan kesuburan mungkin cukup untuk membantu anda hamil. Dan kadang-kadang pula, hanya perlu berbincang dengan pakar ginekologi anda.
Apabila tidak mampu untuk hamil, ia dipanggil involuntary childlessness. Waktu ini kita “perlu” membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan pakar. Ia satu jalan yang sukar bagi pasangan penuh harapan dan kerap mencuba. Mengambil keputusan berjumpa dengan pakar ginekologi bermakna sesuatu yang selalu dianggap senang dan bersifat peribadi, kemudiannya akan menjadi kunjungan ke bilik menunggu bersamping pakar perubatan dan dikelilingi persekitaran klinikal. Daripada sesuatu yang lazim dan intim bagi pasangan suami isteri, mereka terpaksa melepaskan harapan kepada seseorang yang tidak dikenali. Ia memang bukan suatu keputusan yang mudah. Tetapi, ia adalah perkara yang perlu dilakukan bagi pasangan yang sangat ingin menimang cahaya mata.
Bilakah masa yang sesuai untuk mendapat bantuan?
Berapa lama harus anda cuba untuk hamil secara semulajadi sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan? Jika anda pasti yang anda sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk hamil, berikut adalah cadangan yang biasa diberikan:
Dibawah umur 35 tahun, tunggu dalam setahun sebelum mendapatkan bantuan. Kajian menunjukkan bahawa seseorang mempunyai peluang kira-kira 30% untuk hamil pada setiap kitaran. Jadi, ia boleh mengambil beberapa percubaan untuk hamil. Untuk mereka yang berumur lebih 35 tahun, tunggu dalam masa 6 bulan. Bagi yang berumur lebih 38 tahun, dalam masa 3 bulan. Sebaik-baiknya anda tidak menunggu terlalu lama untuk berjumpa dengan pakar ginekologi jika anda sudah berumur lebih 40 tahun, ataupun anda tahu bahawa terdapat sesuatu dalam sejarah perubatan anda yang boleh menghalang kehamilan.
Penyiasatan Kesuburan
Dengan rundingan ginekologi, suatu penyiasatan kesuburan boleh dibuat. Ia dibahagikan kepada tiga bahagian:
1. Ovulasi
Memahami proses ovulasi adalah penting dalam usaha kehamilan. Oleh itu, seseorang perlu tahu kitaran masing-masing. Terdapat beberapa cara untuk mengetahui hal ini, iaitu melalui ujian darah untuk mengukur tahap hormon, pemeriksaan ultrabunyi untuk mengikuti kematangan telur, menggunakan jalur ovulasi, ataupun menggunakan termometer klinikal.
Lazimnya sebagai langkah pertama, pakar ginekologi akan mencadangkan pasangan untuk mengambil hormon berbentuk pil yang menjamin ovulasi. Untuk kebanyakan pasangan, cara ini sudah cukup untuk membuatkan mereka hamil.
2. Fizikal badan
Bahagian ini adalah pemeriksaan untuk memastikan tiada masalah fizikal pada badan, seperti terdapat sekatan di sesuatu tempat. Pertama sekali, ia akan dilakukan dengan membuat ujian ultrabunyi di bahagian rahim. Kemudian, medium kontras akan ditambah, dan jika terdapat sesuatu yang mencurigakan, pembedahan keyhole boleh dijalankan.
Ramai pasangan dapat hamil selepas tiub Fallopio diperiksa dengan medium kontras. Ini mungkin boleh dijelaskan oleh medium kontras yang membersihkan tiub, dan dengan itu membersihkan laluan.
3. Sperma
Ujian sperma dapat menjelaskan banyak perkara; adakah bilangan sperma terlalu sedikit? Adakah sperma bergerak seperti normal? Sekiranya jelas bahawa sperma bergerak lembab, inseminasi dapat membantu dalam hal ini dengan cara sperma diberikan sedikit dorongan dan tolakan, pada masa yang tepat.
Rawatan di atas adalah kaedah yang biasa digunakan untuk kebanyakan kes involuntary childlessness. Cuma dalam sebanyak 10% dan 20% daripada kes sahaja tidak dapat menimang cahaya mata melalui kaedah-kaedah ini. Bagi kes sebegini pula, IVF adalah penyelesaian terbaik.