Sulit untuk mengenalpasti apakah ada sesuatu yang tidak kena dengan percakapan anak anda, dan perkembangan bahasanya. Tapi percayalah kepada gerak hati, anda dan buat panggilan telefon jika anda merasa bimbang.
Perkembangan percakapan dan bahasa sangat berbeza antara anak-anak di tahun-tahun awal mereka. Sementara beberapa dari mereka mulai menyambung perkataan pada usia 18 bulan, yang lain hanya menguasai beberapa perkataan sahaja pada waktu itu; menjelang ulang tahun ketiga mereka ada yang berceloteh setiap waktu, mula untuk menyertakan pelbagai kosa kata kompleks, sementara yang lain kadang-kadang gagap atau bertungkus-lumus untuk menguasai struktur ayat.
Atasi masalah percakapan dan bahasa
Dengan begitu banyak variasi, adalah sulit bagi ibubapa untuk mengetahui apakah perkembangan bahasa dan percakapan anak mereka termasuk dalam tahap normal. Dalam hal ini, anda harus percaya pada gerak hati anda dan berbincang dengan seseorang yang tahu tentang hal-hal ini.
Perkara ini sangat penting untuk diatasi pada peringkat awal, agar anak-anak mempunyai sebanyak peluang yang mungkin pada peringkat prasekolah, untuk memperbaiki masalah sebelum mereka memasuki sekolah rendah. Jadi, jika anda ada merasa bimbang tentang perkembangan percakapan atau bahasa anak anda, angkat telefon dan susunkan pertemuan untuk penilaian terapi percakapan.
Tiga jenis ketidaknormalan percakapan untuk diperhatikan
Anak-anak yang memang lambat bercakap, yang tidak banyak bercakap seperti budak-budak lain seusianya; anak-anak yang ada masalah dengan bahasanya (baik dalam bentuk atau penggunaan), dan anak-anak yang masalah utama bukan dengan bahasa tapi dengan membentuk kata-kata dan suara.
Bahasa dan terapi percakapan
Terapi bahasa dan percakapan mengambil bentuk intervensi berasaskan permainan. Barang-barang permainan dan permainan-permainan yang sesuai pada usia-usia tertentu, biasanya digunakan seperti Memory dan Lotto, atau kad gambar dan permainan menggunakan strategi sebab-akibat. Terapi bahasa dan percakapan boleh berjalan selama beberapa bulan sehingga dua hingga tiga tahun, bergantung kepada apa yang diperlukan.