Planet yang bakal diwarisi anak-anak kita, kian berubah. Sudah tiba masanya juga untuk mengubah cara kami merumus produk kami. Kami memahami kepentingan penjagaan alam sekitar dan ia merupakan tanggungjawab bersama untuk memperjuangkan misi ini di samping memastikan perniagaan kekal utuh. Usaha untuk meningkatkan inisiatif mesra alam ini sentiasa berterusan supaya bayi anda mendapat manfaat dari produk-produk yang lebih lembut dan selamat. Dalam jangka masa panjang, kami berharap untuk menyumbang kepada kewujudan bumi yang lebih sihat dan hijau untuk dinikmati anak-anak kita nanti.
Sebagai komitmen kepada kemampanan alam sekitar, produk Drypers kami lebih mesra alam dengan elemen Eco Green!
Pengesahan daripada USDA bermakna produk kami mengandungi sejumlah sumber biologi boleh diperbaharui yang diperakui. Produk berasaskan biologi berasal daripada bahan mentah seperti tumbuh-tumbuhan dan sumber lain yang boleh diperbaharui seperti pertanian, marin dan perhutanan. Sumber-sumber ini adalah alternatif kepada produk berasaskan petroleum. Senang kata, lebih sesuai dan sihat untuk bayi dan alam sekitar!
Drypers Wee Wee Dry diperbuat daripada 39% bahan boleh diperbaharui.
Drypers Drypantz diperbuat daripada 28% bahan boleh diperbaharui.
Drypers ClassicPantz diperbuat daripada 25% bahan boleh diperbaharui.
Drypers Classic diperbuat daripada 43% bahan boleh diperbaharui.
Boleh diperbaharui bermaksud sumber yang tidak akan habis. Dalam konteks produk berasaskan bio, sumber boleh diperbaharu termasuk pertanian, perhutanan dan marin seperti alga - bukan produk itu sendiri
Peratusan Kandungan Berasaskan Bio’ merujuk pada nisbah karbon organik baharu dengan jumlah karbon organik dalam sesuatu produk. Karbon organik baharu ini berasal daripada tumbuh - tumbuhan dan sumber boleh diperbaharu yang lain seperti pertanian, marin dan perhutanan. Jumlah karbon organik terdiri daripada karbon organik baharu dan lama, yang berasal daripada petroleum.